MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...
Ulasan
Catat Ulasan