Langkau ke kandungan utama

BAB11 LARAS BAHASA

LARAS BAHASA
·         Laras ialah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
·         Gaya memupuk kepada pelisanan dan penulisan.
·         Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Perbezaan Laras Bahasa
·         Bahasa – Pengguna - Dialek
                Penggunaan - Laras

Mengapakah laras bahasa digunakan?
Terdapat:
·         Ciri-ciri keperihalan
-          Situasi luaran
-          Situasi persekitaran
·         Ciri-ciri linguistik
-          Aspek bunyi
-          Aspek perkataan
-          Aspek ayat

·         Situasi Luaran
a.       Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
b.      Merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

·         Situasi Persekitaran
a.       Cara penyampaian
b.      Perhubungan social dan peribadi
c.       Bahan
d.      Fungsi sosial

·         Ciri-ciri Linguistik
a.       Aspek bunyi
b.      Aspek perkataan
c.       Aspek ayat
·         Jenis-Jenis Laras Bahasa
-          Laras Bahasa Biasa
-          Laras Bahasa Iklan /  Perniagaan
-          Laras Bahasa Sains
-          Laras Bahasa Media Massa
-          Laras Bahasa Rencana
-          Laras Bahasa Undang-Undang
-          Laras Bahasa Agama
-          Laras Bahasa Sukan
-          Laras Bahasa Sastera / Kreatif
-          Laras Bahasa Ekonomi
-          Laras Bahasa Akademik

·         Laras Bahasa Biasa
-          Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.
-          Penggunaan dalam perbualan harian.
-          Tiada istilah khusus.
-          Tiada terdapat istilah teknikal.
-          Bentuk laras bahasa biasa tidak formal.
-          Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan.
-          Contoh: Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

·         Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
-          Untuk menyampaikan maklumat berkesan.
-          Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan.
-          Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat)
-          Sifat bahasa imaginatif dan kreatif
-          Penggunaan bahasa retorik
-          Tidak mementingkan tatabahasa.
-          Contoh: Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

·         Laras Bahasa Sains
-          Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal, dan menidakkan bahasa basahan.
-          Istilah sains dan teknikal adalah banyak.
-          Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta.
-          Ada istilah pinjaman.
-          Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.
-          Contoh: Apabila akson berada berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amat berbeza, iaitu selaput itu terkutub.

·         Laras Bahasa Media Massa
-          Peranan media massa adalah untuk melapor dan menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca.
-          Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
-          Tiada istilah teknikal dan khusus.
-          Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk:
-          Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala 2007, Piala 2007.
-          Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu. Kenderaan Punca Jerebu.

·         Laras Bahasa Rencana
-          Bersifat umum.
-          Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu.
-          Gaya bahasa mudah difahami.
-          Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci.
-          Contoh: Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTI’, masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, factor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

·         Laras Bahasa Undang-Undang
-          Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
-          Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa inggeris.
-          Makna kosa kata berdasarkan intepretasi.
-          Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
-          Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.
-          Binaan ayat adalah panjang.
-          Contoh: Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

·         Laras Bahasa Agama
-          Membincangkan isu agama.
-          Ada istilah pinjaman.
-          Terdapat petikan.
-          Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.
-          Contoh dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.

·         Laras Bahasa Sukan
-          Menyampaikan maklumat kegiatan sukan.
-          Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas.
-          Ada istilah aktiviti sukan.
-          Kosa kata mudah difahami.
-          Contoh: Perak menjuarai kejohanan bola sepak piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

·         Laras Bahasa Sastera / Kreatif
-          Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman.
-          Ada istilah khusus tentang sastera.
-          Bersifat figuratif (penyimpanan makna daripada bahasa biasa)
-          Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat.
-          Ada unsur seperti metafora, kiasan,imejan, personifikasi, dan hiperbola.
-          Bernada puitis dan bersifat komunikatif.
-          Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

·         Laras Bahasa Ekonomi
-          Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi.
-          Ada istilah teknikal ekonomi.
-          Tidak mengutamakan struktur ayat.
-          Gaya bahasa formal.
-          Maklumat jelas dan eksplisit.
-          Fakta berdasarkan bukti data dan statistik.
-          Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

·         Laras Bahasa Akademik
-          Bersifat ilmiah, formal dan objektif.
-          Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan).
-          Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan).
-          Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi.
-          Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
-          Mengutamakan pemaparan, perbincangan, dan penghuraian.
-          Ada format seperti nota kaki,bibliografi dan indeks.
-          Contoh laras sains dan bidang biologi: sel-sel kelenjar kolon merembeskan mucus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB1 KENAPA BAHASA MELAYU DIPILIH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø    Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø    Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø    Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø    Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...

Sistem ejaan dan sebutan baku bahasa melayu

1) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF :Kata kerja transitif  ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. 2) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF PASIF :Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan (di) 3) DEFINISI KATA KERJA TAK TRANSITIF :Kata kerja tak transatif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. 4) DEFINISI KATA TUGAS :Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung s...