Langkau ke kandungan utama

BAB 7 SINTAKSIS

SINTAKSIS
(Bidang yang mengkaji pembentukan ayat)
Pengenalan:
Ø  Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunantatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
Binaan Ayat
Ø  Ayat mengandungi dua bahagian utama: subjek dan predikat.

Subjek
Predikat
     1.      Encik Muhaimin
Pensyarah Bahasa Melayu kami.
     2.      Perarakan Maulidur Rasul
Sedang berlangsung di sekolah.
     3.      Ibu Magaret
Menjual kuih.

Golongan Ayat
Ø  Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat dikembangkan menjadi ayat majmuk, dengan meluaskan unsur subjek atau unsur predikat atau kedua-duanya. Ayat 1, 2, 3, dan 4 dapat dikembangkan menjadi ayat 1a, 2a, 3a, dan 4a.

Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
     1.      Saya guru.
Saya guru tetapi saya tidak suka mengajar.
     2.      Guru kelas sedang mengambil kehadiran.
Guru kelas sedang mengambil kehadiran saya.
     3.      Guru sekolah ini rajin.
Guru sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.

Ayat Dasar 
Ø  Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis polaseperti yang berikut:

Pola
Jenis Pola
Subjek
Predikat
      1.       
FN + FN
Encik Abu
pemborong kain.
      2.       
FN + FK
Dia
membaca buku.
      3.       
FN + FA
Amirul
sangat segak.
      4.       
FN + FS
Sekolah saya
di Kelantan.

Ø  Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayatyang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendekatan panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

Frasa dalam Pola Ayat Dasar
Ø  Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.

Pola
Contoh
Subjek + Predikat
Subjek + Predikat
     1.      Frasa Nama + Frasa Nama
Ibu saya seorang doctor.
     2.      Frasa Nama + Frasa Kerja
Ayah Diana membeli surat khabar.
     3.      Frasa Nama + Frasa Adjektif
Encik Hamidun tegas orangnya.
     4.      Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Saya dari Bandar Kelantan.

Ø  Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah FrasaNama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja(FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilahberdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Ø  Sebelum membincangkan binaan-binaan frasa tersebut, adalah lebih baiksekiranya definisi dan konsep frasa dibincangkan terlebih dahulu.

Definisi dan Konsep Frasa
Ø  Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya akan ditelusuri.

Ø  Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Zaba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan.

Ø  Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh,

1.      Si Tompok yang berbulu merah itu sudah mati.
2.      Tompok mati.

Ø  Subjek dalam ayat (1) mengandungi frasa nama yang terdiri daripada sekelompok kata dengan kata. Tompok sebagai kata major. Namun dalam ayat (2) terdapat pula frasa nama yang terdiri daripada satu kata, iaitu Tompok.

Ø  Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa.

Ø  Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Za’ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang saya akan membincangkan juga definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu yang lain.

Ø  Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yanglain bagi kata atau kata-kata yang membinanya.

Ø  Maka, daripada pendapat sarjana-sarjana Melayu tersebut, frasa terdiri daripadabentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Tamsilnya,

3.      Adik Ali sedang bermain bola.

Ø  Daripada ayat contoh yang diberi, ayat tersebut dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu adik, ali, sedang, bermain dan bola. Perkataan-perkataan ini kemudian di susun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa, iaitu adik Ali sebagai satu frasa yang menduduki tempat subjek, dan sedang bermain bola sebagai frasa yang lain menduduki predikat dalam ayat.

SUBJEK
PREDIKAT
Adik Ali
Sedang bermain bola.

Ø  Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yangmungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yangberpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek danpredikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu,frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segitaburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.

Ø  Jenis-jenis frasa ditentukan oleh perkataan yang menjadi inti frasa. Dengan demikian, penggolongan jenis frasa ditentukan sejalan dengan penggolongan jenis kata kerana sifat dan perilaku frasa sama dengan sifat dan perilaku kata. Berdasarkan haltersebut, frasa dapat dibezakan kepada empat jenis , iaitu:

1.      Frasa nama
2.      Frasa kerja
3.      Frasa adjektif
4.      Frasa sendi nama

Frasa Nama
Ø  Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut:

                        I.            FN + FN
                     II.            FN + FK
                  III.            FN + FA
                  IV.            FN + FS

Ø  Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini:

Bil
Subjek Frasa Nama
Predikat Frasa Nama
1.
Ibu
guru.
2.
Ibu budak itu
guru.
3.
Ibu budak itu
guru sekolah agama.
4.
Kota Bharu
serambi Mekah.
5.
Bandar Kota Bharu
serambi Mekah.

Ø  Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam contoh-contoh berikut ini:

Bil.
Subjek
Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja
Objek
6.
Orang itu
memanggil
saya.
7.
Mereka semua
melambaikan
tangan.
8.
Kanak-kanak itu
menaiki
bas sekolah.
9.
Para siswazah
memohon
jawatan itu.
10.
Kedamaian
memerlukan
kekuatan pertahanan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB1 KENAPA BAHASA MELAYU DIPILIH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø    Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø    Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø    Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø    Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...

(KERJA KHUSUS)Cara-cara mengatasi masalah pengangguran

Artikel 1   Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada in...