Langkau ke kandungan utama

Sistem ejaan dan sebutan baku bahasa melayu

1) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF

:Kata kerja transitif  ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

2) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF PASIF

:Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan (di)

3) DEFINISI KATA KERJA TAK TRANSITIF

:Kata kerja tak transatif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

4) DEFINISI KATA TUGAS

:Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi,

a) Antara contoh-contoh ayat kata kerja transitif

1- Aqilah menyiram pokok bunga
2- Aina menyapu sampah di halaman rumah
3- Kami menanam pokok bunga
4- Mereka sedang membersihkan kawasan rumah
5- Kami sedang menyiapkan kerja sekolah

b) Antara contoh-contoh ayat kata kerja transitif pasif

1- Radio itu didengari Asraf
2- Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing
3- Buah buahan itu dijual oleh seorang perempuan
4- Ikan itu dijala oleh pak Abu
5- Surat itu sedang dibaca oleh kakak

c) Antara contoh-contoh kata kerja tak transitif

1- Shah rukh khan ialah pelakon yang terkenal di India
2- Saya harus berbuat baik dengan jiran tetangga saya
3- Ibu tertinggal kuncinya di rumah
4- Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba
5- Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan

d) Ciri-ciri kata kerja transitif
: Ciri-ciri nya ialah disertai oleh objek dan menggunakan imbuhan (ME,MEM,MENG,MEMPER,)

e) Ciri-ciri kata kerja transitif pasif
: Ciri-ciri nya ialah menggunakan imbuhan(DI) dan ayat nya berbentuk pasif

f) Ciri-ciri kata kerja tak transitif
: Ciri-ciri nya ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat sendiri.Kata kerja ini tidak mermelukan penyambut

g) Ciri-ciri kata tugas
: Ciri-ciri nya ialah perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB1 KENAPA BAHASA MELAYU DIPILIH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø    Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø    Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø    Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø    Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...

(KERJA KHUSUS)Cara-cara mengatasi masalah pengangguran

Artikel 1   Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada in...