Langkau ke kandungan utama

BAB4 PROSES PEMBENTUKAN KATA

PROSES PEMBENTUKAN KATA

Peristilahan kata umum Bahasa Melayu:
Ø  Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat:
a.       Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
b.      Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh:
  • ·         hospital dan rumah sakit, dipilih hospital.
  • ·         fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.
c.       Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk , sebutan sumbang.
Unsur dan proses tatabahasa dalam peristilahan:
Ø  Penggunaan Kata Akar/Bebas
  • ·         Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas). Misalnya: gaya, sudut, kaji, rumpuk, watt, 

Ø  Proses Pengimbuhan
·         Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.
·         Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza.
tani
petani
pertanian (hal bertani)
usaha
pengusaha
perusahaan (hal berusaha)

Ø  Proses Penggandaan
·         Istilah yang mengungkapkan keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan.
·         Contoh: kacang-kacang, jari jejari, rumput rerumput

Ø  Proses Penggabungan
·         Istilah yang berupa kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat.
·         Contoh: meja tulis, kerjasama, kapal korek
Istilah singkatan dan lambang:
Ø  Singkatan
·         Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan:
a.       Menggunakan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.
Contoh : lab (oratory)
b.      Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap.
Contoh: cm – sentimeter
c.       Menggabungkan suku kata atau bahagian kata.
Contoh: tadika / cerpen / kugiran / pawagam / bomba
d.      Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim.
Contoh: JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
Ø  Lambang Huruf dan Bilangan
·         Lambing huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.
·         Nama dan lambang unit mengikut System International d’Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).
Kuantiti Fizikal
Unit Dasar
Lambang
Panjang
meter
m
jisim massa
kilogram
kg


   Kaedah pengejaan istilah Pinjaman:
Ø  Jenis Ejaan
a)      Ejaan Grafemik
·         Ejaan rumi
b)      Ejaan Etimologi / Asal
·         Jika timbul kekaburn spt istilah yang sama sebutan dan ejaan spt media massa, kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.
c)      Ejaan Transliterasi
·         Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu diterjemahkan spt:
  • ü  bureau – biro
  • ü  police – polis
  • ü  ambulance – ambulans
Ø  Penyesuaian Ejaan
a)      Istilah asing yang pengucapannya sudah sebati dalam bahasa Melayu spt: pencen, stesentidak diubah.
b)      Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa sumber.
c)      Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat spt:
  • ·         haemoglobin – haemoglobin
  • ·         automatic – automatik
Ø  Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing
·         Daripada atu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contoh:
  • ü  Aktif
  • ü  Primer
  • ü  antropologi
·         Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. Contoh:
  • ü  inframerah
  • ü  Prasejarah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB1 KENAPA BAHASA MELAYU DIPILIH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø    Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø    Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø    Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø    Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...

Sistem ejaan dan sebutan baku bahasa melayu

1) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF :Kata kerja transitif  ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. 2) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF PASIF :Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan (di) 3) DEFINISI KATA KERJA TAK TRANSITIF :Kata kerja tak transatif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. 4) DEFINISI KATA TUGAS :Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung s...