Langkau ke kandungan utama

BAB14 BENTUK KOMUNIKASI

Bentuk Komunikasi 

Ø  BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
a.       Pidato/Syarahan
b.      Perbahasan
c.       Forum
d.      Ucapan
e.       Temuramah
f.       Pengacaraan majlis
g.      Taklimat
h.      Pengendalian mesyuarat
i.        Ulasan dan komentar

Ø  PIDATO / SYARAHAN
ü  Pengucapan yang disampaikan secara individu kepda khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
ü  Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.

Ø  Penyediaan teks pidato / syarahan           
Pembuka Kata
Isi atau amanat
·         Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.
·         Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
·         Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.
Penutup Isi/amanat
Penutup
·         Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.
·         Merupakan bahagian yang terakhir.
·         Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Ø  ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENYAMPAIAN SYARAHAN YANG BERKESAN
ü  Kelancaran
·         Berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada.
·         Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’, ‘em’, atau ‘ya’.
·         Sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.

Ø  Nada dan Intonasi
ü  Suara sedap didengar dan menarik.
ü  Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Contohnya:
·         Nada tinggi dan bersemangat: apabila hendak menarik minat atau perhatian.
·         Nada perlahan: apabila hendak merayu dan meminta simpati.
·         Nada sederhana tetapi mesra: apabila memujuk
·         Nada propaganda: apabila hendak mempengaruhi pendengar.
·         Nada tinggi dan lantang: apabila hendak membakar emosi pendengar.

Ø  Kecekapan Berbahasa
ü  Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
ü  Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik:
·         Pemilihan penggunaan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
·         Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
·         Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya: pantun, bahasa kiasan, peribahasa, dan juga perumpamaan.
·         Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat.
·         Penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan tajuk dan audien.
·         Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

Ø  Gaya Penyampaian
ü  Gerak tangan, mata dan badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.
ü  Jangan kaku atau beraksi berlebihan.
ü  Mimik muka ikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, marah apabila emosi tinggi.
ü  Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai.
ü  Selitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius.
ü  Pakaian kemas dan sesuai dengan majlis.

Ø  PERBAHASAN
ü  Syarat-syarat perbahasan:
·         Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta utama (seorang ketua dan 2 orang pembantu) dan seorang simpanan.
·         Peserta pertama diberikan masa selama 7 minit.
·         Peserta kedua dan ketiga diberikan masa selama 6 minit
·         Penggulung diberikan masa selama 7 minit.
·         Penggulung ialah peserta pertama bagi setiap pasukan.
·         1 minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. Apabila masa sudah tamat, loceng akan dibunyikan 2 kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
·         Pembahas tidak dibenarkan mengkritik peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum tertentu serta mengemukakan isu-isu sensitif. Markah akan ditolak sekiranya pembahas melanggar peraturan ini.
·         Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan tersebut. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas it

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB1 KENAPA BAHASA MELAYU DIPILIH MENJADI BAHASA KEBANGSAAN

MENGAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor: Ø    Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Negara ini. Ø    Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ø    Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Ø    Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu. Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Ø    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Ø    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...

(KERJA KHUSUS)Cara-cara mengatasi masalah pengangguran

Artikel 1   Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada in...