Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

(KERJA KHUSUS) Stress

Artikel 1 Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa,  bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora . Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza   tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan  sehingga tekanan yang dihadapi  itu  membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian,  sebelum ...

(KERJA KHUSUS) Masalah sosial dikalangan remaja

Artikel 1 ialah: Samseng & Gengsterisme Gejala samseng & gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gengster di luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gengster ini dibentuk di sekolah,kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Mereka tidak takut kepada sesiapa kerana merasakan sudah kuat & boleh membuat apa sahaja. Amaran keras dari pihak sekolah dan hukuman dibuang atau digantung dari persekolahan tidak menjadi masalah besar buat mereka. Kumpulan ini bukan sekadar membuli pelajar yang lemah, malah ada yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut & yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol & membunuh. Tidak terkecuali juga bagi remaja yang terlibat di dalam kumpulan punk & skin head. Sungguhpun mereka mengatakan bahawa mereka menyertai kumpulan ini sekadar suka-suka & ti...

(KERJA KHUSUS)Cara-cara mengatasi masalah pengangguran

Artikel 1   Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada in...

(KERJA KHUSUS) Kepentingan mempertahankan unsur-unsur kebudayaan

Artikel 1   Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.      Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira ketu...