Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Sistem ejaan dan sebutan baku bahasa melayu

1) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF :Kata kerja transitif  ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. 2) DEFINISI TENTANG KATA KERJA TRANSITIF PASIF :Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan (di) 3) DEFINISI KATA KERJA TAK TRANSITIF :Kata kerja tak transatif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. 4) DEFINISI KATA TUGAS :Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung s...

BAB 2 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu ) 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin menyiasat asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Oleh itu  kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu mengetahui asal usul bangsa Melayu.  Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. Berasal dari Asia Tengah R.H. ...